Sunday, July 5, 2009

SEJARAH SEKOLAH

Nama asal sekolah ini semasa ditubuhkan ialah Sekolah Melayu Telok Ramunia , ditubuhkan pada tahun 1926 ia diasaskan oleh Allahyarham Tuan Syed Mohammad Bin Syed Abd Rahman .Tapak asal sekolah ini terletak di Kampung Masjid dan dipindahkan ke Kampung Changi hingga sekarang . Sekolah ini juga pernah menggunakan hospital Jepun sebagai sekolah pada tahun 1946 .Pada Tahun 1964 Sekolah Melayu telah ditukarkan namanya kepada Sekolah Kebangsaan Telok Ramunia .Pada awal penubuhannya sekolah ini hanyalah berdindingkan kayu dan berbumbungkan atap .Pada tahun 1964 sekolah ini mendapat bangunan baru yang mempunyai kemudahan 4 bilik darjah ,pejabat , kantin , tandas murid serta guru, pam air dan rumah guru. Dalam tahun 1970, sekolah ini mendapat sebuah lagi bangunan tambahan yang mengandungi 2 buah bilik darjah , pejabat dan bilik guru.
Kemudian pada tahun 1985, Sekolah Kebangssaan Teluk Ramunia telah mendapat bangunan tambahan yang mengandungi 3 bilik darjah dan sebuah stor dalam projek kilat. Memandangkan pertambahan murid semakin pesat, pada tahun 1987 pula, sebuah bangunan mengandungi 4 bilik darjah telah didirikan secara gotong-royong.
Pada tahun awal 1990-an Kampung Teluk Ramunia telah menerima perubahan yang pesat dengan munculnya sebuah syarikat bina berat SIME SEMBAWANG. Syarikat tersebut kemudiannya telah menyumbangkan sebuah bangunan yang terdiri daripada 2 bilik darjah dan sebuah bilik guru.
Perubahan baru ialah pada tahun 2002, dimana sekolah ini turut menerima bangunan 4 tingkat yang terdiri daripada 6 bilik darjah, pusat sumber dan perpustakaan, makmal sains, makmal computer, bililk kemahiran hidup, bilik muzik, bilik mesyuarat,serta tandas dan stor

NAMA GURU BESAR TEMPOH BERKHIDMAT

1. EN AHMAD B IDRUS 1926 – 1928
2. EN SY A.RAHIM B MOHD 1928 - 1933
3. EN AHMAD B MD ZAIN 1933 – 1940
4. TN SY A. KARIM B MOHD 1940 - 1952
5 TN SY SHARIFF B ALI 1952 - 1963
6. TN SY ARIFFIN B A. RAHMAN 1964 - 1981
7. TN SY OMAR B SY OTHMAN 1981 - 1985
8 EN HASSAN B HJ AHMAD 1985 - 1994
9. EN MUHAMMADON B JAUHARI 1995 - 2003
10.EN JAMALUDDIN B SHAHROM 2004 - 2007
11.EN A.HAMID B HUSSIAN 2007 -

3 comments:

  1. terima kasih...tuan syed mohammad bin syed abd rahman ialah moyang saya,

    syed ariffin bin syed abd rahman ialah pakcik saya (abg abah saya) dan syed omar ialah sepupu abah saya.. :)

    ReplyDelete
  2. http://viewphoria-nothingman.blogspot.com/

    syed mohd akmal b syed abd aziz

    ReplyDelete